Laman Utama

Thursday, June 19, 2014

Program Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Untuk Guru-guru Prasekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris untuk semua guru prasekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap profesiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru prasekolah.

Sehubungan itu, semua guru prasekolah wajib menghadiri 10 kelas intensif yang telah ditetapkan oleh  PPD Sepang. Semua guru prasekolah telah menduduki 'Pre Test' yang telah dijalankan pada 19 Jun 2014 (Khamis) di SK Kota Warisan yang mengandungi 40 soalan objektif dan 1 soalan esei. 'Pre Test' tersebut bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Indek Prestasi Pencapaian (KPI) yang perlu dicapai adalah 100% guru prasekolah yang menghadiri program ini dapat meningkatkan profesiensi Bahasa Inggeris sebanyak 30%.

 Menjawab soalan dengan tekun lagi santai
 Guru pra SKTPP; Pn. Hanawati Alinda menunjukkan kertas yang telah disiapkan

Sunday, June 1, 2014

Pengambilan Murid Prasekolah Bagi Kemasukan Sesi Tahun 2015

Pemohonan kemasukan murid prasekolah telah dibuka mulai 1 Jun 2014 sehingga 30 Ogos 2014. Borang pemohonan boleh diperolehi di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pada waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pejabat pentadbiran sekolah.

Tuesday, May 27, 2014

Majlis Sambutan Hari Lahir (Januari - Jun 2014)

Pada 26 Mei 2014, satu Majlis Sambutan Hari Lahir telah diadakan. Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Jun iaitu seramai 16 orang. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Guru Besar SK Taman Putra Perdana; Puan Rohaidah Bt Mohd Ali, GPK HEM; Pn. Jamilah Bt Ariffin, Penyelaras PPKI; Puan Roslina Bt Jafar dan Ustaz Mahadir Bin Midun. Kegembiraan dan keceriaan terpancar jelas di wajah setiap murid. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua murid yang menyambut hari lahir baru-baru ini.









Murid-murid yang menyambut hari lahir menerima hadiah daripada Guru Besar

Saturday, April 26, 2014

Tips Mengajar ABC

Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.
    Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.   
    Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.
   Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.
   Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :
1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.
3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
5. Apabila membaca kuat,  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca
Sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tip-ajar-baca-abc-1.247325

Thursday, April 24, 2014

Temasya Sukan Prasekolah KPM Daerah Sepang


Pada 14 dan 16 April 2014 yang lalu, telah berlangsung Temasya Sukan Prasekolah Daerah Sepang yang bertempat di padang SK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Acara yang dipertandingkan adalah :

              1. Bola Jaring & Futsal  (14/4/14)
              2. Mereka (16/4/14)

Sekolah kita telah menghantar seramai 14 orang wakil murid prasekolah bagi menjayakan temasya sukan ini. Ianya terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

Walaupun sekolah kita tidak masuk ke peringkat akhir namun semua murid gembira dan teruja kerana dapat menempuh satu pengalaman manis yang baru bagi mereka. Namun begitu, seorang peserta olahraga lelaki iaitu adik Ahmad Al'Hakim bin Razak telah berjaya dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. Tahniah....

acara lari 50 meter



acara sukan lelaki


wakil pemain bola jaring dan futsal bersama guru pelatih



 bersiap sedia menunggu giliran



permainan bola jaring 


Tuesday, April 8, 2014

Latihan Mini Futsal dan Mini Bola Jaring

Pertandingan Mini Futsal dan Mini Bola Jaring Daerah Sepang akan diadakan pada 14 April 2014 (Isnin) yang bertempat di Ole-ole Futsal Olak Lempit. Minggu ini merupakan latihan sepenuhnya bagi kedua-dua kumpulan yang akan mewakili pertandingan tersebut. Peserta mini futsal seramai 7 orang telah dilatih oleh Ustaz Mahadir bin Midun manakala bagi peserta mini bola jaring juga seramai 7 orang pula telah dilatih oleh Cikgu Noor Hanawati Alinda dan Pn. Hamidah (PPM). Mudah-mudahan semua peserta boleh melakukan yang terbaik sewaktu pertandingan ini kelak. Amin.....









Suasana latihan penuh ceria

Wednesday, January 29, 2014

TAKLIMAT DAN MESYUARAT PEWARIS PRASEKOLAH 2014




















Taklimat dan Mesyuarat PEWARIS Prasekolah telah dilaksanakan pada 4 Januari 2014 bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa/penjaga kerana anak-anak dibawah jagaan terpilih untuk memasuki prasekolah KPM bagi sesi 2014.
     Taklimat tersebut telah di hadiri oleh En.Sukimin bin Juki (Guru Besar),Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji,Puan Halimatun Saadiah Binti Hassan (Guru Prasekolah) ,Pem.Pengurusan Murid Puan Hamidah Binti Jalil serta ibubapa/penjaga. Program ini berjalan dengan lancar.  Mesyuarat sebulat suara melantik AJK PEWARIS bagi tahun 2014 adalah seperti ketetapan berikut:


AJK PEWARIS 2014
  Penasihat           : Encik Sukimin Bin Juki(Guru Besar)
                             : Puan Siti Habsah Binti  Ahmad (PK Kurikulum)
                             : Puan Jamilah Binti  Ariffin (PK HEM)
                              : Encik Ahmad Fuadi Bin Sarham  (PK Kokorikulum)
Pengerusi             : Puan Rosnani Binti Omar Salleh
N/Pengerusi         : Puan Wan Rosnani Binti Wan jusoh
Setiausaha           : Puan Halimatun Saadiah Binti Hassan (Guru Kelas Pra Cemerlang)
                             : Puan Siti Fadzillah Binti Abd.Wahab (PPM Kelas Pra Cemerlang)
Bendahari            : Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd.Taib Puruji(Guru Kelas Pra Gemilang)
                             : Puan Hamidah Binti Jalil (PPM Kelas Pra Gemilang)

 AJK                       Pra Cemerlang
                             1. Encik Jafri Bin A. Aziz
                             2. Puan Nurul Hazrin Binti Md.Noh
                             3. Puan Allagamah A/P Arunasalam
                             
                             Pra Gemilang
                             1. Encik Iskandar Bin Konneng
                             2. Puan Syarifah Zakiah Binti Syed Abu Bakar
                             3. Puan Siti Sapur Binti Mohd Amin