Laman Utama

Wednesday, August 2, 2023

Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Sepang 2023

        Pada 3 Ogos 2023, telah diadakan Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Sepang bertempat di Dewan Kuliah IPG Teknik, Nilai. Seramai 6 orang murid telah terpilih mewakili Prasekolah SK Taman Putra Perdana. Antara acara yang dipertandingkan ialah :
  • Sajak
  • Nyanyian Solo
  • Hafazan
  • Fesyen Show
  • STEM

Sekolah kita telah mendapat tempat ketiga bagi pertandingan Fesyen Show dan Tempat Keempat bagi pertandingan sajak


Peserta yang terlibat


Pemenang yang berjaya


        Terima kasih diucapkan kepada para pentadbir sekolah, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibubapa serta semua murid yang terlibat. Syabas dan Tahniah!


Disediakan oleh : Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

Monday, July 31, 2023

Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2024


Semak Keputusan Permohonan Melalui Dua Cara Iaitu:

1️⃣  Secara dalam talian (online):

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang  

https://eprasekolah.moe.gov.my/   mulai 5 Ogos 2023

2️⃣  Secara manual melalui sekolah dimohon:

Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2023

❗️ Rayuan Permohonan:

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang 

https://eprasekolah.moe.gov.my/   bermula 5 hingga 20 Ogos 2023

Monday, February 27, 2023

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Tahun 2024


 JOM DAFTAR PRASEKOLAH!!

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kalendar Akademik 2024/2025. 

📱 Permohanan boleh dibuat melalui secara dalam talian 

     bermula 1 Mac hingga 30 April 2023

💮 atau secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut:

https://eprasekolah.moe.gov.my


📌 Syarat Kelayakan:

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020

📄❗ Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Prasekolah yang dipohon.