Keterujaan
ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai
meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk
mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku
dan alat tulis.
Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara
merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam
seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu
paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga
empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan
belajar membaca.
Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam
persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka
membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas
kelak.
Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak
mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak
hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran
awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.
Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini,
apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh
ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan
panduan memulakan pengajaran ABC :
1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti
melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung
membaca semula.
3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir
setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca
Sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tip-ajar-baca-abc-1.247325
No comments:
Post a Comment