Laman Utama

Monday, October 18, 2021

Selamat Kembali Ke Sekolah Anakku Sayang

 

Pada minggu ini bermulanya sesi secara bersemuka bagi murid Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana setelah sekian lama berPdPR. Sesi pembelajaran bersemuka bermula pada 18 Oktober 2021 setelah negeri Selangor memasuki Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Jelas tergambar keceriaan dan kegembiraan murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari ini samada murid sesi pagi mahupun sesi petang. Turut menyambut kehadiran murid ialah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS); Encik Kennedy dari Balai Polis Putra Perdana.

Berikut merupakan waktu persekolahan bagi murid prasekolah.

Sesi Pagi : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi (Pra Cempaka & Pra Mawar)

Sesi Petang : 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang (Pra Orkid & Pra Tanjung)

Sesi Pagi:








Sesi Petang:





Friday, April 9, 2021

Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan

Pada hari Jumaat (9 April 2021), telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan 2021 bagi murid prasekolah sesi pagi dan petang. Sambutan hari lahir diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Januari hingga April mengikut sesi masing-masing.

Majlis diadakan di kelas Prasekolah bermula pada jam 9.30 pagi untuk sesi pagi dan 2.30 petang bagi sesi petang. Keseluruhan murid membawa makanan berupa kek, kuih-muih serta makanan ringan untuk diedarkan kepada rakan-rakan. Seramai 28 orang murid yang meraikan hari lahir mereka pada bulan Januari hingga April.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar) serta Pn. Jumilah binti Ahmad (Penolong Kanan Petang). Terima kasih Pn. Guru Besar kerana sudi memberikan ucapan alu-aluan kepada murid prasekolah. Terima kasih juga kepada rakan guru, Pembantu Pengurusan Murid, semua ibu bapa serta penjaga yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, guru-guru dan PPM ingin mengucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa buat semua murid dan ibu bapa prasekolah. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.

Ucapan aluan dari Pn. Guru Besar

                                   Pn. Guru Besar ditemani PK Petang

Sambutan di kelas Mawar (sesi pagi)

Sambutan di kelas Cempaka (sesi pagi)

                                  Sambutan di kelas Tanjung (sesi petang)

                                     Sambutan di kelas Orkid (sesi petang)


Monday, March 1, 2021

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Tahun 2022

Bermula 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021, permohonan boleh dibuat melalui pautan :

https://eprasekolah.moe.gov.my 

 Langkah-langkah:-

1. Muat turun dan fahami manual  pengguna

2. Daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan)

3. Lengkapkan maklumat permohonan

4. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi

5. Serahkan borang permohonan dan salinan dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

6. Sila catat dan ingat ID dan kata laluan eprasekolah anda.