Laman Utama

Saturday, February 27, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-13, 2016

Pada tanggal, 27 Februari 2016 (Sabtu) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13 bertempat di padang sekolah. Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, murid tahap 1, murid PPKI dan murid Prasekolah. 

Objektif:

  • Memupuk semangat kesukanan.
  • Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi pasukan prasekolah, PPKI serta setiap rumah sukan (rumah merah, biru, kuning, jingga dan hijau). Perbarisan diketuai oleh adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainudin. Tema perbarisan rumah sukan pada tahun ini ialah "Pahlawan Melayu".