Laman Utama

Sunday, July 15, 2012



TEMASYA SUKAN OLAHRAGA 2012 SUKANEKA PRASEKOLAH
Pada 8 Julai 2012 Kelas Prasekolah Cemerlang dan Prasekolah Gemilang SK Taman Putra Perdana turut menjayakan Temasya Sukan Olahraga 2012 dengan mengadakan aktiviti sukaneka sejurus selepas acara perasmian oleh Tuan Haji Mat Jah Bin Roslan, Pegawai Pelajaran Daerah Sepang.
Kontigen Prasekolah yang disertai oleh 50 orang murid dari Prasekolah Cemerlang dan Prasekolah Gemilang.
Sukaneka ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai gelagat murid,guru prasekolah,pembantu guru dan tidak ketinggalan sokongan daripada ibubapa murid prasekolah yang hadir pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada anak mereka.
Cikgu Noor Hanawati Alinda  memberi semangat kepada anak didiknya.
Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh NYDP PIBG Encik Rushdan Bin Mohamed