Pada 5 Ogos 2015 (Rabu), seramai 37 orang murid telah mengikuti lawatan yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid dan 3 orang guru praktikum. Puan Suzenne dari Just Relex Travel telah mengetuai lawatan ini.
Murid-murid telah dibawa melawat sekitar Taman Burung di Kuala Lumpur dan Kilang Coklat Beryl's di Seri Kembangan, Selangor. Perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.sebelum pulang, semua murid dan guru-guru menjamu selera di KFC. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing.
Murid gembira dapat menaiki bas
Suasana di Kilang Coklat Beryl's
Lawatan ke Taman Burung
Menyaksikan persembahan di Taman Burung
Menjamu selera di KFC