Laman Utama

Monday, July 15, 2019

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2020

Pada 15 Julai 2019 (Isnin), satu mesyuarat telah diadakan bagi memutuskan pemilihan murid prasekolah bagi tahun 2020 yang diadakan di Terminal Intervensi. Permohonan prasekolah telah dibuka secara atas talian yang bermula 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019 dan 31 Mei 2019 secara manual.

Permohonan yang diterima melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) ialah sebanyak 142 bagi tahun ini. Permohonan terdiri dari murid yang berusia 6 tahun, 5 tahun dan 4 tahun pada 2020.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Sufian (YDP PIBG), Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali (GB SKTPP), Pn. Azizah binti Mokhlas (PK Pentadbiran), Pn. Azizah binti Hamid (Guru Tahun 1), 2 orang guru prasekolah dan seorang pembantu pengurusan murid.

Seramai 50 orang murid telah berjaya menempatkan diri di Prasekolah SKTPP. Tahniah




Saturday, July 6, 2019

Projek Lantai Ceria Prasekolah

Projek lantai ceria ini bertujuan bagi membaik pulih warna lantai sedia ada agar dapat menarik perhatian dan minat murid hadir ke sekolah. Pada 6 Julai 2019 (Sabtu), guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah bersama-sama mengecat lantai bahagian hadapan kelas mengikut warna yang telah dibincangkan.

Kami mengecat lantai mengikut tema mengenali warna dan konsep bermain sambil belajar. Setiap bahagian lantai ada konsep permainan yang diterapkan supaya murid bebas bermain pada waktu yang ditetapkan.



 Warna lantai kelas Prasekolah Cemerlang


 Anak-anak turut membantu menjayakan projek ini




Lantai dapur dan kelas Prsekolah Gemilang

Friday, March 1, 2019

Permohonan Prasekolah Sesi 2020

Pemohonan kemasukan murid prasekolah bagi tahun 2020 telah dibuka. 

Pemohonan Online :

  • Lawati laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Tempoh permohonan 1 Mac hingga 30 April 2019.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2019.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.80.
Pemohonan  cara manual :
  • Di buka 1 Mac hingga 31 Mei 2019.
  • Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah pada setiap hari bekerja (waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang).  Isnin sehingga Khamis (waktu rehat 1.00 - 2.00), hari Jumaat (waktu rehat 12.15 - 2.45)
  • Isikan dengan lengkap dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.80.