Laman Utama

Monday, February 27, 2023

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Tahun 2024


 JOM DAFTAR PRASEKOLAH!!

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kalendar Akademik 2024/2025. 

๐Ÿ“ฑ Permohanan boleh dibuat melalui secara dalam talian 

     bermula 1 Mac hingga 30 April 2023

๐Ÿ’ฎ atau secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut:

https://eprasekolah.moe.gov.my


๐Ÿ“Œ Syarat Kelayakan:

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020

๐Ÿ“„❗ Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Prasekolah yang dipohon.

Monday, February 28, 2022

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Tahun 2023



Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 telah dibuka. 


๐Ÿ“Œ Tatacara Permohonan:

Secara Dalam Talian:

https://eprasekolah.moe.gov.my/

bermula 1 Mac hingga 30 April 2022

 

๐Ÿ“Œ Permohonan secara manual melalui sekolah yang dipohon bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2022

 

๐Ÿ“Œ Syarat Kelayakan:

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019


๐Ÿ“„❗ Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Prasekolah yang dipohon.

Monday, October 18, 2021

Selamat Kembali Ke Sekolah Anakku Sayang

 

Pada minggu ini bermulanya sesi secara bersemuka bagi murid Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana setelah sekian lama berPdPR. Sesi pembelajaran bersemuka bermula pada 18 Oktober 2021 setelah negeri Selangor memasuki Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Jelas tergambar keceriaan dan kegembiraan murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari ini samada murid sesi pagi mahupun sesi petang. Turut menyambut kehadiran murid ialah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS); Encik Kennedy dari Balai Polis Putra Perdana.

Berikut merupakan waktu persekolahan bagi murid prasekolah.

Sesi Pagi : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi (Pra Cempaka & Pra Mawar)

Sesi Petang : 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang (Pra Orkid & Pra Tanjung)

Sesi Pagi:








Sesi Petang:





Friday, April 9, 2021

Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan

Pada hari Jumaat (9 April 2021), telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan 2021 bagi murid prasekolah sesi pagi dan petang. Sambutan hari lahir diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Januari hingga April mengikut sesi masing-masing.

Majlis diadakan di kelas Prasekolah bermula pada jam 9.30 pagi untuk sesi pagi dan 2.30 petang bagi sesi petang. Keseluruhan murid membawa makanan berupa kek, kuih-muih serta makanan ringan untuk diedarkan kepada rakan-rakan. Seramai 28 orang murid yang meraikan hari lahir mereka pada bulan Januari hingga April.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar) serta Pn. Jumilah binti Ahmad (Penolong Kanan Petang). Terima kasih Pn. Guru Besar kerana sudi memberikan ucapan alu-aluan kepada murid prasekolah. Terima kasih juga kepada rakan guru, Pembantu Pengurusan Murid, semua ibu bapa serta penjaga yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, guru-guru dan PPM ingin mengucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa buat semua murid dan ibu bapa prasekolah. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.

Ucapan aluan dari Pn. Guru Besar

                                   Pn. Guru Besar ditemani PK Petang

Sambutan di kelas Mawar (sesi pagi)

Sambutan di kelas Cempaka (sesi pagi)

                                  Sambutan di kelas Tanjung (sesi petang)

                                     Sambutan di kelas Orkid (sesi petang)


Monday, March 1, 2021

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Tahun 2022

Bermula 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021, permohonan boleh dibuat melalui pautan :

https://eprasekolah.moe.gov.my 

 Langkah-langkah:-

1. Muat turun dan fahami manual  pengguna

2. Daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan)

3. Lengkapkan maklumat permohonan

4. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi

5. Serahkan borang permohonan dan salinan dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

6. Sila catat dan ingat ID dan kata laluan eprasekolah anda.

Monday, July 6, 2020

Pengoperasian Prasekolah

Assalamualaikum..

Berdasarkan taklimat kaedah pengoperasian prasekolah pada 3 Julai 2020, YBhg Tuan Pengarah memohon agar perkara-perkara berikut diambil maklum:-

1. Semua kelas prasekolah perlu melaksanakan pengoperasian secara maksimum (25 orang) mulai hari Isnin 6 Julai 2020 dan selewat-lewatnya pada hari Selasa 7 Julai 2020.

2. Pihak sekolah perlu menyusun dan mengatur kedudukan perabot mengikut kesesuaian.

3. Tiada lagi kaedah penggiliran kelas.

Oleh itu, pihak Prasekolah SK Taman Putra Perdana membuat penyusunan dan pembahagian perabot berdasarkan kapasiti perabot dan memaksimunkan ruang kelas mengikut kreativiti guru dan PPM Prasekolah dengan mematuhi penjarakan sosial. 

Berikut merupakan kelas Prasekolah SK Taman Putra Perdana yang telah diubahsuai: 




Terima kasih.

Friday, June 26, 2020

Makluman Penting Kepada Ibu bapa / Penjaga Murid Prasekolah

Assalamualaikum


INFO  KEPADA SEMUA IBU BAPA  MURID PRASEKOLAH YANG AKAN HADIR KE SEKOLAH BERMULA 1 JULAI  2020


1. Ibu bapa / penjaga sila pastikan anak hadir dalam keadaan sihat. Sekiranya anak tuan / puan bergejala, tidak perlu hadir ke sekolah.


2. Anak digalakkan memakai pelitup muka terutamanya yang berimuniti badan rendah. Ibu bapa digalakkan membekalkan anak face shield atau face mask  untuk dipakai di dalam kelas. Namun begitu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menasihatkan agar anak-anak hanya memakainya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Setibanya di depan kelas prasekolah, mask akan diserahkan semula kepada ibu bapa / penjaga.

3. Jika anak menaiki bas / van sekolah, pastikan pemandu van/ bas sentiasa memakai pelitup muka dan telah menjalani saringan Covid-19 serta disahkan negatif (untuk keselamatan).

4. Murid perlu memakai pelitup muka di dalam van / bas sekolah berikutan keadaan yang bersesak dalam kenderaan.

5. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan bersekolah dalam sistem penggiliran bagi menjaga penjarakan sosial -  bersekolah berselang sehari. Kumpulan anak dan jadual penggiliran akan diberi kemudian.

6. Ibubapa / penjaga / pemandu van perlu melalui pagar B serta wajib menghantar murid di hadapan pagar prasekolah.

7. Ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu membuat pemeriksaan suhu di pagar sekolah sebelum masuk menghantar anak ke kelas prasekolah. Guru Kelas atau PPM akan menunggu di hadapan kelas prasekolah dan akan mengambil suhu badan murid di sana. Suhu badan yang melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke sekolah  dan diminta untuk mendapatkan rawatan doktor.

Begitu juga waktu balik, ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu menunggu di pagar kelas prasekolah untuk menjemput anak jagaan masing-masing

Maksudnya di sini, anak-anak tidak boleh lagi masuk berjalan sendiri ke kelas tanpa jagaan ibu bapa / pemandu van semasa waktu datang dan waktu balik. (SOP ini telah ditetapkan oleh KPM dan KKM)

8. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas.

9. Ibu bapa / penjaga perlu patuh tatacara pelawat masuk dan hantar serta ambil anak ikut waktu yang ditetapkan.

10. Murid tidak perlu membawa beg sekolah dan bekalan makanan / minuman kecuali murid yang dibenarkan atas faktor-faktor tertentu.

11. Makanan dan minuman akan disediakan setiap hari di dalam kelas.

12. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan / minuman.

13. Ibu bapa / penjaga perlu membawa alat tulis sendiri / warna pada hari pertama persekolahan dan menyerahkan kepada guru sebaik tiba di kelas prasekolah untuk disanitize. Alat tulis akan ditinggalkan di dalam kelas untuk kegunaan murid sepanjang hadir ke sekolah selepas itu.

14. Murid tidak dibenarkan berkongsi peralatan / alat tulis dengan murid lain.

15. Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa anak terus pulang ke rumah selepas habis kelas.

16. Sesi persekolahan prasekolah :
Sesi pagi          8.00 pagi - 12.00 tengah hari                                      (Isnin - Jumaat)
Sesi petang     : 1.00 petang - 5.00 petang 
                             (Isnin - Khamis)
                              2.00 petang - 6.00 petang 
                              (Jumaat)



Terima kasih

Guru Besar,
SK Taman Putra Perdana