Pada hari Sabtu (9 Mac 2013), pihak Jawatankuasa PEWARIS telah mengadakan mesyuarat bersama ibubapa dan penjaga yang bermula pada jam 11.30 pagi di kelas prasekolah. Mesyuarat tersebut telah membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013 ini. Ia turut dihadiri oleh Encik Ahmad Fuadi Bin Sarham (PK Kokurikulum).
Selepas mesyuarat tamat, aktiviti gotong-royong pula menyusul bagi menceriakan lagi kawasan prasekolah. Pihak ibubapa begitu prihatin dan memberikan kerjasama yang amat menggalakkan. Aktiviti yang dijalankan seperti mengecat semula bangunan, membersihkan dan mencantikkan kawasan, membaikpulih pagar yang rosak dan sebagainya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK PEWARIS dan semua ibubapa kerana sudi melibatkan diri bagi menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti bersurai jam 2.30 petang.
Berikut adalah gambar mesyuarat dan aktiviti gotong-royong :-
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Shayuti bin Ibrahim |
Berbincang untuk mengagihkan tugas masing-masing |
Ibu-ibu membersihkan bahagian taman herba |
Mencantikkan dan membersihkan tanaman bunga |
Mengelap tingkap kelas |
Menyapu sawang dan membuat mural |
Cikgu Lin bersama wakil ibubapa membersihkan longkang |
Para bapa membetulkan pagar yang telah rosak |
Membantu mengecat lantai untuk projek guru praktikal |