Laman Utama

Saturday, November 22, 2014

Taklimat Pewaris Prasekolah 2015

Pada 22 November 2014, Unit Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Taklimat Persekolahan dan Taklimat Pewaris Prasekolah 2015. Taklimat tersebut telah berlangsung sekitar jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Taklimat tersebut dihadiri oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar),  Encik Ahmad Fuadi bin Sarham (PK Pentadbiran) dan Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG). Seramai 50 murid prasekolah telah terpilih untuk sesi 2015. Terima kasih diucapkan atas kehadiran dan kerjasama ibu bapa dan penjaga bagi mendengar sesi taklimat tersebut.






Thursday, November 20, 2014

Hari Graduasi Prasekolah SK Taman Putra Perdana 2014

Pada 20 November 2014, prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Nor Zaini bin Jaafar iaitu Pegawai School Improvement Partner (SIP+) PPD Sepang. Majlis ini te;ah diadakan di Dewan Putra SK Taman Putra Perdana. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa bagi memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Tahniah diucapkan kepada murid-murid prasekolah yang berjaya menamatkan sesi persekolahan mereka bagi tahun 2014.




Tuesday, November 18, 2014

Jamuan Akhir Tahun Prasekolah 2014

Pada 18 November 2014, Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi meraikan murid-murid prasekolah yang berjaya menamatkan sesi persekolahan bagi sesi 2014 ini. Hidangan juadah yang pelbagai ini turut disumbangkan oleh guru prasekolah dan ibu bapa murid. Murid-murid prasekolah juga diberikan cenderamata sebagai tanda kenangan. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pentadbir sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah.




Wednesday, November 5, 2014

Lawatan Sambil Belajar Prasekolah 2014

Pada 5 November 2014 yang lalu, telah berlangsung satu lawatan sambil belajar yang disertai oleh 40 orang murid prasekolah dan 3 orang guru serta seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Destinasi lawatan tersebut adalah Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Balai Bomba serta Kilang Coklat Beryl's. Murid- murid juga telah menikmati makan tengah hari di Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Lawatan tersebut bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tepat jam 4.30 petang peserta lawatan sampai di pagar  B sekolah dan dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Semoga anak-anak prasekolah telah mendapat banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga sepanjang lawatan tersebut.