Pada 11 Oktober 2017 (Rabu), seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan dan riadah yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru prasekolah, Ustaz Ishak Shairazi dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Puan Azuwa dari Just Relax Travel merupakan pemandu pelancong bagi kumpulan kami pada hari ini. Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.
Murid-murid telah dibawa melawat Kilang Coklat Beryl's, Sri kembangan setelah kami tiba pada jam 8.30 pagi. Mereka menonton video yang memaparkan proses penghasilan coklat kegemaran mereka di samping berpeluang melawat kawasan kilang tersebut. Murid juga berpeluang membeli pelbagai jenis coklat untuk dibawa pulang.
Destinasi seterusnya ialah Sunway Wildlife Zoo di Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat murid-murid sepanjang kami melawat di sini. Kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan dan mengetahui habitatnya. Antara aktiviti yang diadakan seperti menangkap ikan, memberikan arnab makan kangkung, pertunjukkan burung kakak tua dan dapat memegang ular sawa.

Kami juga berkesempatan beriadah di taman permainan Sunway Lagoon. Sebelum pulang, murid-murid dan guru-guru menjamu selera di KFC Petaling Jaya. Semua murid gembira sepanjang aktiviti yang telah mereka lakukan. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing sekitar jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Taklimat oleh Puan Azuwa sebelum menaiki bas
kenangan di Kilang Coklat Beryl's
Tiba di hadapan Sunway Wildlife Zoo
Berkenalan dengan "Asha" seekor singa putih
Penyeri persembahan burung kakak tua
Aktiviti di kolam ikan
Pengalaman memegang ular sawa
Penerangan oleh Kakak Nadya sebelum memulakan aktiviti
Menaiki kereta api mengelilingi Sunway Lagoon
Setelah selesai persembahan burung
Riadah di Taman Permainan Sunway Lagoon
Riadah yang menyeronokkan
Rehat dan menjamu selera di KFC
No comments:
Post a Comment