Pendahuluan
Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangangenerasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah.
Oleh itu, pada hari ini 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 30 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6. Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan hampir 200 orang murid dan guru-guru SKTPP. Acara yang berlangsung di Dewan Perdana ini disaksikan oleh semua murid dari tahun 1- tahun 6, murid PPKI, dan juga murid Prasekolah. Program ini juga merupakan progam yang dijalankan setiap tahun oleh Panitia Agama Islam SKTPP.
Objektif
Objektif program adalah seperti berikut :
1. Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melazimkannya dalam kehidupan.
2. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan khatam
Al-Quran kepada murid-murid.
3. Melahirkan murid yang celik Al-Quran.
4. Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.
5. Melancar dan memantapkan bacaan Al-Quran.
Aturcara Majlis Khatam Quran
7.45 pagi : semua murid berhimpun di Dewan Perdana
8.00 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal
Ucapan perasmian oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar)
8.15 pagi : Majlis khatam bermula
10.30 pagi : Persembahan murid tahap 1
: Persembahan murid tahap 2
: Persembahan murid prasekolah
12.50 pagi : Majlis bersurai
Persembahan nasyid dan lagu raya murid pra cemerlang dan pra gemilang
No comments:
Post a Comment