Laman Utama

Monday, August 17, 2015

Aktiviti Prasekolah : Putar dan Eja

Pada minggu lalu, murid-murid prasekolah SKTPP telah belajar tentang tema haiwan di air @ lautan.
Murid telah sedia maklum bahawa banyak haiwan yang tinggal dan hidup di air. Guru berperanan untuk mengukuhkan lagi pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid di prasekolah. Kelihatan murid begitu aktif sewaktu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Ternyata aktiviti yang guru anjurkan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

Guru sedang memutarkan roda hidupan di air sambil diperhatikan oleh murid
Murid menunjukkan gambar dan perkataan haiwan di air 
Murid duduk dalam kumpulan yang telah guru agihkan
Guru membuat refleksi pada akhir pengajaran

Thursday, August 6, 2015

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah 2015

Pada 5 Ogos 2015 (Rabu), seramai 37 orang murid telah mengikuti lawatan yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid dan 3 orang guru praktikum. Puan Suzenne dari Just Relex Travel telah mengetuai lawatan ini.

Murid-murid telah dibawa melawat sekitar Taman Burung di Kuala Lumpur dan Kilang Coklat Beryl's di Seri Kembangan, Selangor. Perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.sebelum pulang, semua murid dan guru-guru menjamu selera di KFC.  Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing.




Murid gembira dapat menaiki bas


Suasana di Kilang Coklat Beryl's



Lawatan ke Taman Burung


Menyaksikan persembahan di Taman Burung

Menjamu selera di KFC

Tuesday, July 7, 2015

Aktiviti Prasekolah - Seronoknya Memancing!

Bersesuaian dengan tema yang sedang diajar pada minggu ini, guru menjalankan aktiviti memadankan gambar dengan perkataan yang betul. Guru menyediakan bahan-bahan mengajar yang menarik minat murid prasekolah seperti batang pancing, kad perkataan dan gambar ikan. Murid-murid kelihatan seronok dengan aktiviti yang disediakan oleh guru.

Set Induksi yang merangsang minat murid untuk belajar
Murid Kelihatan begitu teruja dengan aktiviti guru
Murid mendengar dengan berhati-hati
Murid-murid sedang memancing kad perkataan

Sunday, July 5, 2015

Program Mengaji Iqra' Sempena Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan Al-Quran. Di dalamnya terkandung seribu kebaikan. Tidak hairanlah pada bulan ini semua umat islam berlumba-lumba mencari kebaikan, termasuk Tadarus Al-Quran. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Prasekolah Cemerlang telah mengadakan program Mengaji Iqra' yang diadakan pada setiap hari sepanjang sesi persekolahan di kelas Prasekolah Cemerlang. Program ini dikendalikan oleh Pn. Nurul Hidayah. Antara objektif program tersebut diadakan adalah:
  • Membantu murid mengenal huruf hijaiyah dengan betul.
  • Supaya murid dapat membaca Iqra' dengan lancar.
  • Menggalakkan murid membaca Iqra' pada bulan Ramadhan khususnya.
  • Memupuk minat murid untuk cintakan Al-Quran sepanjang masa.
Berikut gambar-gambar sepanjang program berlangsung...



Monday, June 15, 2015

Guru Praktikum

Prasekolah SKTPP telah menerima kehadiran tiga orang guru praktikum dari Universiti Selangor yang terletak di Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Guru-guru tersebut akan menjalani praktikum selama tiga bulan di kelas prasekolah SKKTPP iaitu bermula pada 15 Jun 2015 sehingga 11 September 2015. Semoga kehadiran mereka akan meningkatkan lagi mutu dan kualiti pendidikan prasekolah di SKTPP.

Cik Azreen bt Muslim
Cik Nurul Syafiqa bt Shaari
Cik Fathi Syabilla bt Md. Dzahir

Sunday, May 31, 2015

Pengambilan Murid Prasekolah Bagi Kemasukan Sesi Tahun 2016

Pemohonan kemasukan murid prasekolah telah dibuka mulai 1 Jun 2015 sehingga 30 Ogos 2015. Borang pemohonan boleh diperolehi di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pada waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pejabat pentadbiran sekolah

Saturday, May 30, 2015

Gotong Royong Bersama Pekerja Sekolah

Usai sudah kerja gotong royong mengecat kelas Prasekolah Cemerlang pada 30 Mei 2015 yang lalu. Kerja-kerja gotong royong ini dilakukan oleh guru dan Pembantu Pengurusan Prasekolah (PPM) serta beberapa orang pekerja pembersihan sekolah. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Pihak prasekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Sebelum gotong royong dinding kelas berwarna merah

Selepas gotong royong

Setelah aktiviti gotong royong dilaksanakan, keadaan kelas kelihatan lebih luas kerana warna cat yang digunakan lebih lembut serta sejuk mata memandang.