Laman Utama

Thursday, November 20, 2014

Hari Graduasi Prasekolah SK Taman Putra Perdana 2014

Pada 20 November 2014, prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Nor Zaini bin Jaafar iaitu Pegawai School Improvement Partner (SIP+) PPD Sepang. Majlis ini te;ah diadakan di Dewan Putra SK Taman Putra Perdana. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa bagi memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Tahniah diucapkan kepada murid-murid prasekolah yang berjaya menamatkan sesi persekolahan mereka bagi tahun 2014.




Tuesday, November 18, 2014

Jamuan Akhir Tahun Prasekolah 2014

Pada 18 November 2014, Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi meraikan murid-murid prasekolah yang berjaya menamatkan sesi persekolahan bagi sesi 2014 ini. Hidangan juadah yang pelbagai ini turut disumbangkan oleh guru prasekolah dan ibu bapa murid. Murid-murid prasekolah juga diberikan cenderamata sebagai tanda kenangan. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pentadbir sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah.




Wednesday, November 5, 2014

Lawatan Sambil Belajar Prasekolah 2014

Pada 5 November 2014 yang lalu, telah berlangsung satu lawatan sambil belajar yang disertai oleh 40 orang murid prasekolah dan 3 orang guru serta seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Destinasi lawatan tersebut adalah Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Balai Bomba serta Kilang Coklat Beryl's. Murid- murid juga telah menikmati makan tengah hari di Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Lawatan tersebut bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tepat jam 4.30 petang peserta lawatan sampai di pagar  B sekolah dan dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Semoga anak-anak prasekolah telah mendapat banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga sepanjang lawatan tersebut.













Thursday, October 2, 2014

Majlis Jasamu Dikenang

Satu majlis perpisahan bagi meraikan Penolong PPD Sepang iaitu Encik Ahmad Rahimi b Mohammed telah diadakan hari ini. Majlis telah berlangsung di Hotel Nilai Spring, Negeri Sembilan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh guru-guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Daerah Sepang. Beliau telah ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang. Terima kasih banyak diucapkan kepada En. Rahimi atas jasa-jasa beliau dalam pembangunan prasekolah selama ini. Program berakhir sekitar jam 6.00 petang.




Semoga beliau lebih sukses pada masa akan datang.

Monday, September 29, 2014

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah 2015

Tarikh                                     :  29.09.2014 (Isnin)

Masa                                       :  9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat                                   :  Bilik KSSR SKTPP

Kehadiran                            :   8/8

Bil       Nama                                                                          Jawatan

1.    Pn. Rohaidah bt Mohd Ali                                           Guru Besar (Pengerusi)
2.    En. Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan          PK Pentadbiran
3.    Pn. Roslina bt Jaafar                                                  Guru Penyelaras PPKI                      
4.   Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian              YDP PIBG SKTPP
5.    Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan                              Guru Prasekolah Cemerlang             
6.    Pn. Noorhanawati Alinda bt Abd Taib Puruji               Guru Prasekolah Gemilang
7.    Pn. Norinna bt Mohammed                                         Guru Tahap 2
8.    Pn. Hamidah bt Jalil                                                    Pembantu Pengurusan Murid  






Mesyuarat telah berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Friday, September 26, 2014

Sesi Bergambar Murid Prasekolah 2014

Pada hari Jumaat (26.9.2014), satu sesi bergambar bagi murid prasekolah telah dijalankan dalam kelas Prasekolah Cemerlang. Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP telah dijemput sebagai wakil pentadbir bagi bersama-sama memeriahkan sesi bergambar tersebut.

Seramai 45 orang murid terlibat dalam sesi bergambar ini dan ianya merupakan salah satu daripada kenang-kenangan yang dapat disimpan untuk murid. Alhamdulillah sesi fotografi tersebut berjalan lancar. 

Pra Cemerlang

Pra Gemilang

Monday, September 1, 2014

Pagar Baharu

Pihak PPD Sepang telah menurunkan peruntukan untuk membaiki pagar di sebelah prasekolah. Kerja- kerja menaiktaraf pagar tersebut telah dimulakan pada 29 Ogos 2014 yang lalu. Ia bertujuan bagi menggantikan pagar dawai kepada pagar batu. Semoga prasekolah kita akan lebih selamat dan ceria serta kondusif...









Kerja-kerja menyiapkan pagar baharu sedang rancak dilakukan