Laman Utama

Friday, June 26, 2020

Makluman Penting Kepada Ibu bapa / Penjaga Murid Prasekolah

Assalamualaikum


INFO  KEPADA SEMUA IBU BAPA  MURID PRASEKOLAH YANG AKAN HADIR KE SEKOLAH BERMULA 1 JULAI  2020


1. Ibu bapa / penjaga sila pastikan anak hadir dalam keadaan sihat. Sekiranya anak tuan / puan bergejala, tidak perlu hadir ke sekolah.


2. Anak digalakkan memakai pelitup muka terutamanya yang berimuniti badan rendah. Ibu bapa digalakkan membekalkan anak face shield atau face mask  untuk dipakai di dalam kelas. Namun begitu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menasihatkan agar anak-anak hanya memakainya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Setibanya di depan kelas prasekolah, mask akan diserahkan semula kepada ibu bapa / penjaga.

3. Jika anak menaiki bas / van sekolah, pastikan pemandu van/ bas sentiasa memakai pelitup muka dan telah menjalani saringan Covid-19 serta disahkan negatif (untuk keselamatan).

4. Murid perlu memakai pelitup muka di dalam van / bas sekolah berikutan keadaan yang bersesak dalam kenderaan.

5. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan bersekolah dalam sistem penggiliran bagi menjaga penjarakan sosial -  bersekolah berselang sehari. Kumpulan anak dan jadual penggiliran akan diberi kemudian.

6. Ibubapa / penjaga / pemandu van perlu melalui pagar B serta wajib menghantar murid di hadapan pagar prasekolah.

7. Ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu membuat pemeriksaan suhu di pagar sekolah sebelum masuk menghantar anak ke kelas prasekolah. Guru Kelas atau PPM akan menunggu di hadapan kelas prasekolah dan akan mengambil suhu badan murid di sana. Suhu badan yang melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke sekolah  dan diminta untuk mendapatkan rawatan doktor.

Begitu juga waktu balik, ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu menunggu di pagar kelas prasekolah untuk menjemput anak jagaan masing-masing

Maksudnya di sini, anak-anak tidak boleh lagi masuk berjalan sendiri ke kelas tanpa jagaan ibu bapa / pemandu van semasa waktu datang dan waktu balik. (SOP ini telah ditetapkan oleh KPM dan KKM)

8. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas.

9. Ibu bapa / penjaga perlu patuh tatacara pelawat masuk dan hantar serta ambil anak ikut waktu yang ditetapkan.

10. Murid tidak perlu membawa beg sekolah dan bekalan makanan / minuman kecuali murid yang dibenarkan atas faktor-faktor tertentu.

11. Makanan dan minuman akan disediakan setiap hari di dalam kelas.

12. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan / minuman.

13. Ibu bapa / penjaga perlu membawa alat tulis sendiri / warna pada hari pertama persekolahan dan menyerahkan kepada guru sebaik tiba di kelas prasekolah untuk disanitize. Alat tulis akan ditinggalkan di dalam kelas untuk kegunaan murid sepanjang hadir ke sekolah selepas itu.

14. Murid tidak dibenarkan berkongsi peralatan / alat tulis dengan murid lain.

15. Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa anak terus pulang ke rumah selepas habis kelas.

16. Sesi persekolahan prasekolah :
Sesi pagi          8.00 pagi - 12.00 tengah hari                                      (Isnin - Jumaat)
Sesi petang     : 1.00 petang - 5.00 petang 
                             (Isnin - Khamis)
                              2.00 petang - 6.00 petang 
                              (Jumaat)



Terima kasih

Guru Besar,
SK Taman Putra Perdana

Pemakluman Tarikh Pembukaan Semula Prasekolah & SOP Pembukaan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut dilampirkan surat rasmi pembukaan prasekolah pada 1 Julai 2020



SOP Pembukaan Prasekolah

   

 

 

Monday, July 15, 2019

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2020

Pada 15 Julai 2019 (Isnin), satu mesyuarat telah diadakan bagi memutuskan pemilihan murid prasekolah bagi tahun 2020 yang diadakan di Terminal Intervensi. Permohonan prasekolah telah dibuka secara atas talian yang bermula 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019 dan 31 Mei 2019 secara manual.

Permohonan yang diterima melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) ialah sebanyak 142 bagi tahun ini. Permohonan terdiri dari murid yang berusia 6 tahun, 5 tahun dan 4 tahun pada 2020.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Sufian (YDP PIBG), Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali (GB SKTPP), Pn. Azizah binti Mokhlas (PK Pentadbiran), Pn. Azizah binti Hamid (Guru Tahun 1), 2 orang guru prasekolah dan seorang pembantu pengurusan murid.

Seramai 50 orang murid telah berjaya menempatkan diri di Prasekolah SKTPP. Tahniah




Saturday, July 6, 2019

Projek Lantai Ceria Prasekolah

Projek lantai ceria ini bertujuan bagi membaik pulih warna lantai sedia ada agar dapat menarik perhatian dan minat murid hadir ke sekolah. Pada 6 Julai 2019 (Sabtu), guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah bersama-sama mengecat lantai bahagian hadapan kelas mengikut warna yang telah dibincangkan.

Kami mengecat lantai mengikut tema mengenali warna dan konsep bermain sambil belajar. Setiap bahagian lantai ada konsep permainan yang diterapkan supaya murid bebas bermain pada waktu yang ditetapkan.



 Warna lantai kelas Prasekolah Cemerlang


 Anak-anak turut membantu menjayakan projek ini




Lantai dapur dan kelas Prsekolah Gemilang

Friday, March 1, 2019

Permohonan Prasekolah Sesi 2020

Pemohonan kemasukan murid prasekolah bagi tahun 2020 telah dibuka. 

Pemohonan Online :

  • Lawati laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Tempoh permohonan 1 Mac hingga 30 April 2019.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2019.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.80.
Pemohonan  cara manual :
  • Di buka 1 Mac hingga 31 Mei 2019.
  • Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah pada setiap hari bekerja (waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang).  Isnin sehingga Khamis (waktu rehat 1.00 - 2.00), hari Jumaat (waktu rehat 12.15 - 2.45)
  • Isikan dengan lengkap dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.80.


Thursday, March 1, 2018

Permohonan Prasekolah SK Taman Putra Perdana 2019

Pemohonan kemasukan murid prasekolah bagi tahun 2019 telah dibuka. 

Pemohonan Online :

  • Lawati laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Tempoh permohonan 1 Mac hingga 30 April 2018.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2018.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.80.
Pemohonan  cara manual :
  • Di buka 1 Mac hingga 31 Mei 2018.
  • Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah pada setiap hari bekerja (waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang).  Isnin sehingga Khamis (waktu rehat 1.00 - 2.00), hari Jumaat (waktu rehat 12.15 - 2.45)
  • Isikan dengan lengkap dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.80.


Saturday, November 25, 2017

Taklimat Prasekolah Dan PEWARIS Sesi 2018

Pada 25 November 2017, Unit Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Taklimat Prasekolah dan Mesyuarat PEWARIS bagi sesi 2018. Taklimat bermula sekitar jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Terminal Muafakat SKTPP. Taklimat tersebut dihadiri oleh Pn. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), Pn. Azizah binti Mokhlas (PK Kurikulum) dan Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Sufian (YDP PIBG). Seramai 50 murid prasekolah telah terpilih untuk sesi 2018. Seramai 80 ibu bapa telah hadir dalam taklimat tersebut. Terima kasih diucapkan atas kehadiran dan kerjasama ibu bapa dan penjaga.

Ucapan YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar

Kehadiran ibu bapa murid prasekolah sesi 2018

Sesi taklimat sedang berlangsung

Perlantikan AJK PEWARIS

Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah