Laman Utama

Saturday, November 25, 2017

Taklimat Prasekolah Dan PEWARIS Sesi 2018

Pada 25 November 2017, Unit Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Taklimat Prasekolah dan Mesyuarat PEWARIS bagi sesi 2018. Taklimat bermula sekitar jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Terminal Muafakat SKTPP. Taklimat tersebut dihadiri oleh Pn. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), Pn. Azizah binti Mokhlas (PK Kurikulum) dan Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Sufian (YDP PIBG). Seramai 50 murid prasekolah telah terpilih untuk sesi 2018. Seramai 80 ibu bapa telah hadir dalam taklimat tersebut. Terima kasih diucapkan atas kehadiran dan kerjasama ibu bapa dan penjaga.

Ucapan YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar

Kehadiran ibu bapa murid prasekolah sesi 2018

Sesi taklimat sedang berlangsung

Perlantikan AJK PEWARIS

Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah

Wednesday, October 11, 2017

Program Lawatan Ilmu & Riadah Murid Prasekolah Ke Sunway Wildlife Zoo & Kilang Coklat Beryl's

Pada 11 Oktober 2017 (Rabu), seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan dan riadah yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru prasekolah, Ustaz Ishak Shairazi dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Puan Azuwa dari Just Relax Travel merupakan pemandu pelancong bagi kumpulan kami pada hari ini. Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.


Murid-murid telah dibawa melawat Kilang Coklat Beryl's, Sri kembangan setelah kami tiba pada jam 8.30 pagi. Mereka menonton  video yang memaparkan proses penghasilan coklat kegemaran mereka di samping berpeluang melawat kawasan kilang tersebut. Murid juga berpeluang membeli pelbagai jenis coklat untuk dibawa pulang. 

Destinasi seterusnya ialah Sunway Wildlife Zoo di Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat murid-murid sepanjang kami melawat di sini. Kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan dan mengetahui habitatnya. Antara aktiviti yang diadakan seperti menangkap ikan, memberikan arnab makan kangkung, pertunjukkan burung kakak tua dan dapat memegang ular sawa. 

Kami juga berkesempatan beriadah di taman permainan Sunway Lagoon. Sebelum pulang, murid-murid dan guru-guru menjamu selera di KFC Petaling Jaya. Semua murid gembira sepanjang aktiviti yang telah mereka lakukan. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing sekitar jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. 

Taklimat oleh Puan Azuwa sebelum menaiki bas

kenangan di Kilang Coklat Beryl's

Tiba di hadapan Sunway Wildlife Zoo

Berkenalan dengan "Asha" seekor singa putih

Penyeri persembahan burung kakak tua 

Aktiviti  di kolam ikan

Pengalaman memegang ular sawa

Penerangan oleh Kakak Nadya sebelum memulakan aktiviti

Menaiki kereta api mengelilingi Sunway Lagoon

Setelah selesai persembahan burung

Riadah di Taman Permainan Sunway Lagoon

Riadah yang menyeronokkan

Rehat dan menjamu selera di KFC 

Monday, May 29, 2017

Majlis Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan

Pada hari Khamis, 25 Mei 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari lahir dan Ihya' Ramadhan 2017 bagi murid prasekolah. Sambutan hari lahir diadakan bagi meraikan murid yang lahir bagi bulan Januari hingga Jun 2017.

Majlis telah diadakan di kelas Prasekolah bermula pada jam 9.30 pagi. Keseluruhan murid membawa makanan berupa kek, kuih-muih serta makanan ringan untuk diedarkan kepada rakan-rakan. Seramai 20 orang murid yang meraikan hari lahir mereka pada bulan Januari hingga Jun.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar  SKTPP), barisan Penolong Kanan serta Ustaz Mahadir bin Midun selaku Guru Pendidikan Islam Prasekolah. Terima kasih kepada semua pentadbir, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, semua ibu bapa serta penjaga yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun.



Kehadiran Pn. Guru Besar, barisan Penolong Kanan dan Ustaz Mahadir



Ucapan Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali

Sebahagian kek yang dibawa oleh murid-murid

Karenah anak-anak Prasekolah


Guru-guru bergambar bersama Pn. Guru Besar

Penyerahan hadiah hari lahir kelas Cemerlang

Penyerahan hadiah hari lahir kelas Gemilang

Tuesday, March 14, 2017

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah

Pemohonan kemasukan murid prasekolah bagi tahun 2018 telah dibuka. 

Pemohonan Online :
  • Lawati laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Tempoh permohonan 1 Mac hingga 30 April 2017.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2017.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.70.
Pemohonan  cara manual :
  • Di buka 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
  • Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah pada setiap hari bekerja (waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang).  Isnin sehingga Khamis (waktu rehat 1.00 - 2.00), hari Jumaat (waktu rehat 12.15 - 2.45)
  • Isikan dengan lengkap dan hantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji sila dapatkan borang akuan pendapatan di pejabat sekolah. 
  • Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. 
  • Sampul surat alamat sendiri. Saiz 7 x 10 & setem RM0.70.