Laman Utama

Thursday, December 1, 2016

Taklimat Pendaftaran Prasekolah 2017

Pada 26 November 2016, Unit Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Taklimat Pendaftaran Persekolahan dan Mesyuarat Pewaris 2017. Taklimat tersebut telah berlangsung sekitar jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Taklimat tersebut dihadiri oleh Puan Azizah binti Mokhlas (PK Kurikulum) sebagai wakil guru besar. 50 murid prasekolah telah terpilih untuk sesi 2017. Seramai 67 ibu bapa telah hadir dalam taklimat tersebut. Terima kasih diucapkan atas kehadiran dan kerjasama ibu bapa dan penjaga.



 Antara ibu bapa yang hadir

AJK PEWARIS 2017

Sunday, June 5, 2016

Pengambilan Murid Prasekolah Bagi Kemasukan Sesi Tahun 2017

Pemohonan kemasukan murid prasekolah telah dibuka mulai 1 Jun 2016 sehingga 30 Ogos 2016. Borang pemohonan boleh diperolehi di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pada waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pejabat pentadbiran sekolah




Wednesday, May 25, 2016

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah 2016

Pada 25 Mei 2016 (Rabu), seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Puan Suzenne dari Just Relex Travel telah mengetuai lawatan ini.

Murid-murid telah dibawa melawat sekitar Muzium Istana Negara di Kuala Lumpur dan Kilang Gardenia di Shah Alam, Selangor. Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.15 petang. Sebelum pulang, semua murid dan guru-guru menjamu selera di KFC Seksyen 15 Shah Alam. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing.


Di hadapan pintu masuk Muzium Istana Negara


Semua murid menerima buah tangan dari Kilang Gardenia

Menjamu selera di KFC

Menanti ibu bapa menjemput murid di pintu pagar B

Wednesday, May 11, 2016

Selamat Datang Guru Prasekolah Yang Baru - Pn. Nurul Izziani

Pada 9 Mei 2016 (Isnin), SK Taman Putra Perdana telah menerima kehadiran seorang guru prasekolah yang baru iaitu Pn. Nurul Izziani bt Mohd Latifi bagi menggantikan Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan di kelas Cemerlang. Sebelum ini, beliau bertugas di SK Dato' Abu Bakar Baginda. Semoga dengan kehadiran Pn. Nurul Izziani akan meneruskan kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Pn. Halimatun Saadiah seiring dengan kecemerlangan sekolah arus perdana...


Friday, May 6, 2016

Majlis Perpisahan Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan

Pada hari Jumaat, 6 Mei 2016 yang penuh barakah, telah berlangsungnya Majlis Perpisahan bagi meraikan guru Prasekolah kelas Cemerlang iaitu Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan, yang akan berpindah ke SK Dato' Abu Bakar Baginda. Beliau telah berkhidmat di SKTPP bermula pada bulan Januari 2006 sehingga 6 Mei 2016.

Kenangan indah sepanjang bersama warga SKTPP ini akan tersemat dalam ingatan seluruh warga SKTPP. Doa dan harapan kami, semoga  Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan akan terus  cemerlang untuk menabur jasa dan bakti demi agama, bangsa dan negara di sekolah baru. Selamat Berpisah buat Pn. Halimatun Saadiah. Jangan lupakan kami di sini...







Thursday, March 24, 2016

Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2016

     24 Mac 2016 (Khamis), AADK Sepang telah mengadakan satu pameran bergerak ke SK Taman Putra Perdana. Seramai 50 orang murid prasekolah telah menyertai pameran ini. Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang jenis-jenis dadah dan bahaya dadah, kesan serta akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Murid-murid prasekolah berasa amat teruja dengan pameran tersebut di samping dapat menambah ilmu dan pengetahuan mereka. Terima kasih kepada AADK serta Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah kerana menganjurkan pameran tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada murid prasekolah untuk turut serta dalam pameran tersebut. Semoga prasekolah dapat menyertai pameran pada tahun-tahun akan datang.

Murid prasekolah sedang beratur untuk menaiki bas pameran

Murid-murid sedang menyaksikan bahan pameran

Prasekolah Bersama Benci DARVIH


Thursday, March 10, 2016

Mesyuarat Prasekolah Bil 1/2016

     Pada 10 Mac 2016 (Khamis) yang lalu, satu mesyuarat pengurusan prasekolah telah bermula sekitar jam 9:00 pagi beretempat di kelas Prasekolah Cemerlang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali) serta dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Jamilah bt Ariffin, guru-guru prasekolah, dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), serta beberapa orang pekerja pembersihan sekolah.
     Isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan pendaftaran ke Tahun 1 Sesi 2017. Dimana guru-guru diminta mengingatkan ibu bapa supaya membuat pendaftran anak masing-masing ke Tahun 1 Sesi 2017 secara atas talian untuk mengelakkan berlaku keciciran kemasukan Tahun 1 bagi sesi tersebut. Selain itu, puan guru besar juga memohon agar PPM dan pekerja pembersihan sekolah agar bersama-sama menjaga dan memelihara kebersihan kawasan sekitar prasekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi membantu dalam meningkatkan kualiti kebersihan di prasekolah kita.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10:30 pagi dan bersurai.
     







Saturday, February 27, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-13, 2016

Pada tanggal, 27 Februari 2016 (Sabtu) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13 bertempat di padang sekolah. Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, murid tahap 1, murid PPKI dan murid Prasekolah. 

Objektif:

  • Memupuk semangat kesukanan.
  • Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi pasukan prasekolah, PPKI serta setiap rumah sukan (rumah merah, biru, kuning, jingga dan hijau). Perbarisan diketuai oleh adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainudin. Tema perbarisan rumah sukan pada tahun ini ialah "Pahlawan Melayu".