Laman Utama

Saturday, April 26, 2014

Tips Mengajar ABC

Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.
    Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.   
    Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.
   Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.
   Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :
1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.
3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
5. Apabila membaca kuat,  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca
Sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tip-ajar-baca-abc-1.247325

Thursday, April 24, 2014

Temasya Sukan Prasekolah KPM Daerah Sepang


Pada 14 dan 16 April 2014 yang lalu, telah berlangsung Temasya Sukan Prasekolah Daerah Sepang yang bertempat di padang SK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Acara yang dipertandingkan adalah :

              1. Bola Jaring & Futsal  (14/4/14)
              2. Mereka (16/4/14)

Sekolah kita telah menghantar seramai 14 orang wakil murid prasekolah bagi menjayakan temasya sukan ini. Ianya terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

Walaupun sekolah kita tidak masuk ke peringkat akhir namun semua murid gembira dan teruja kerana dapat menempuh satu pengalaman manis yang baru bagi mereka. Namun begitu, seorang peserta olahraga lelaki iaitu adik Ahmad Al'Hakim bin Razak telah berjaya dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. Tahniah....

acara lari 50 meter



acara sukan lelaki


wakil pemain bola jaring dan futsal bersama guru pelatih



 bersiap sedia menunggu giliran



permainan bola jaring 


Tuesday, April 8, 2014

Latihan Mini Futsal dan Mini Bola Jaring

Pertandingan Mini Futsal dan Mini Bola Jaring Daerah Sepang akan diadakan pada 14 April 2014 (Isnin) yang bertempat di Ole-ole Futsal Olak Lempit. Minggu ini merupakan latihan sepenuhnya bagi kedua-dua kumpulan yang akan mewakili pertandingan tersebut. Peserta mini futsal seramai 7 orang telah dilatih oleh Ustaz Mahadir bin Midun manakala bagi peserta mini bola jaring juga seramai 7 orang pula telah dilatih oleh Cikgu Noor Hanawati Alinda dan Pn. Hamidah (PPM). Mudah-mudahan semua peserta boleh melakukan yang terbaik sewaktu pertandingan ini kelak. Amin.....









Suasana latihan penuh ceria