Laman Utama

Sunday, May 31, 2015

Pengambilan Murid Prasekolah Bagi Kemasukan Sesi Tahun 2016

Pemohonan kemasukan murid prasekolah telah dibuka mulai 1 Jun 2015 sehingga 30 Ogos 2015. Borang pemohonan boleh diperolehi di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pada waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pejabat pentadbiran sekolah

Saturday, May 30, 2015

Gotong Royong Bersama Pekerja Sekolah

Usai sudah kerja gotong royong mengecat kelas Prasekolah Cemerlang pada 30 Mei 2015 yang lalu. Kerja-kerja gotong royong ini dilakukan oleh guru dan Pembantu Pengurusan Prasekolah (PPM) serta beberapa orang pekerja pembersihan sekolah. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Pihak prasekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Sebelum gotong royong dinding kelas berwarna merah

Selepas gotong royong

Setelah aktiviti gotong royong dilaksanakan, keadaan kelas kelihatan lebih luas kerana warna cat yang digunakan lebih lembut serta sejuk mata memandang.

Thursday, May 28, 2015

Hari Jalinan Mesra Prasekolah Siri 1/2015

Hari Jalinan Mesra Prasekolah SKTPP telah diadakan pada 28 Mei 2015 (Khamis). Program ini bertempat di kelas prasekolah masing-masing iaitu kelas Prasekolah Cemerlang dan kelas Prasekolah Gemilang.    Kehadiran ibu bapa pada hari tersebut amat memberangsangkan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa serta penjaga yang hadir. Aktiviti ini bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada sekitar jam 2.00 petang.

Kaum ibu sedang menunggu giliran bersama anak masing-masing
Antara ibu bapa yang hadir 
Guru dan penjaga sedang berbincang tentang perkembangan anak-anak

Tuesday, May 19, 2015

Pintu tandas baharu


Terima kasih buat PPD Sepang kerana telah menggantikan pintu-pintu tandas prasekolah kami yang telah rosak dengan  yang baharu. Bingkai pintu dapur yang rosak akibat dimakan anai-anai juga telah diganti. Semoga anak-anak prasekolah akan lebih bersemangat belajar dan selamat adanya...

Monday, May 11, 2015

Temasya Sukan Permainan Prasekolah Peringkat Daerah Sepang 2015

Pada 11 Mei 2015 ( Isnin) Unit Prasekolah Daerah Sepang, telah menganjurkan pertandingan Mini Futsal dan Bola Jaring Mini bertempat di Zetcom Spot and Business Centre, Olak Lempit, Banting. Seramai lima belas orang murid prasekolah iaitu tujuh pemain bola jaring dan lapan orang pemain futsal terlibat dalam temasya tersebut. Program ini bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.


Acara mini futsal murid lelaki prasekolah SKTPP


Acara bola jaring mini murid perempuan prasekolah SKTPP

Thursday, May 7, 2015

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Prasekolah 2015

7 Mei 2015 (Khamis) : Perlawanan persahabatan bola jaring di antara  Prasekolah SK Taman Putra Perdana dengan Prasekolah SK Pulau Meranti telah berlangsung dengan jayanya. Perlawanan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Seramai tujuh orang murid prasekolah telah terlibat sebagai pemain. Alhamdulillah kemenangan milik SKTPP.