Laman Utama

Monday, April 20, 2015

Sambutan Hari Lahir Prasekolah

Majlis sambutan hari lahir murid prasekolah yang lahir pada bulan Januari hingga bulan April telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini turut dihadiri oleh Guru Penolong Kokurikulum serta Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Azizah bt Mokhlas dan Puan Jamilah Ariffin serta beberapa orang guru lain yang turut memeriahkan majlis. Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir untuk mendapatkan keberkatan. Selain itu kami juga turut meraikan majlis perpisahan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan iaitu Puan Suriani bt Abd Syukor. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau dan semoga berjumpa lagi.

Murid prasekolah bersama Ustaz Mahadir menunjukkan simbol tangan "Kami Benci Dadah"

Acara potong kek oleh murid prasekolah dan guru-guru

Suasana kemeriahan sambutan hari jadi dan majlis perpisahan PPM Sambilan yang cukup meriah

Saturday, April 4, 2015

Kejohanan Sukan Tahunan 2015

Tanggal 4 April 2015 (Sabtu) Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke -12  telah berlangsung dengan jayanya. Kemuncak acara Kejohanan Sukan Tahunan ini telah disempurnakan dengan persembahan perbarisan antara rumah-rumah pasukan, pertandingan hiasan khemah tercantik dan kejohanan olahraga yang merangkumi acara lompat jauh, acara lontar peluru, acara lompat tinggi, acara lari berpagar dan acara lari berganti-ganti . 

Murid prasekolah juga turut serta dalam persembahan perbarisan dan pertandingan khemah tercantik serta acara balapan bagi 50 meter lelaki dan perempuan.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Hj. Mat Jah b. Roslan yang telah merasmikan kejohanan. Turut hadir ialah YDP PIBG, Tuan Hj. Khairul Azhar  b. Mohammad Suffian serta barisan AJK PIBG. Antara paparan yang dapat dikongsikan sepanjang berlangsungnya sukan SKTPP.




Friday, April 3, 2015

Temasya Sukaneka Prasekolah dan PPKI 2015

Pada 3 April 2015 (Jumaat) Temasya Sukaneka Murid Prasekolah dan PPKI telah berlangsung dengan jayanya. Sukaneka ini bertempat di Dataran Perhimpunan SKTPP. Sebanyak empat acara telah dipertandingkan iaitu masuk air ke dalam botol, bawa bola ping pong dalam sudu, tarik bola dalam gelung dan bawa pundi kacang di atas kepala. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi. Aktiviti berjalan dengan lancar dan semua murid gembira kerana terlibat dalam sukaneka  tersebut.