Laman Utama

Wednesday, May 25, 2016

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah 2016

Pada 25 Mei 2016 (Rabu), seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Puan Suzenne dari Just Relex Travel telah mengetuai lawatan ini.

Murid-murid telah dibawa melawat sekitar Muzium Istana Negara di Kuala Lumpur dan Kilang Gardenia di Shah Alam, Selangor. Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.15 petang. Sebelum pulang, semua murid dan guru-guru menjamu selera di KFC Seksyen 15 Shah Alam. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing.


Di hadapan pintu masuk Muzium Istana Negara


Semua murid menerima buah tangan dari Kilang Gardenia

Menjamu selera di KFC

Menanti ibu bapa menjemput murid di pintu pagar B

Wednesday, May 11, 2016

Selamat Datang Guru Prasekolah Yang Baru - Pn. Nurul Izziani

Pada 9 Mei 2016 (Isnin), SK Taman Putra Perdana telah menerima kehadiran seorang guru prasekolah yang baru iaitu Pn. Nurul Izziani bt Mohd Latifi bagi menggantikan Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan di kelas Cemerlang. Sebelum ini, beliau bertugas di SK Dato' Abu Bakar Baginda. Semoga dengan kehadiran Pn. Nurul Izziani akan meneruskan kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Pn. Halimatun Saadiah seiring dengan kecemerlangan sekolah arus perdana...


Friday, May 6, 2016

Majlis Perpisahan Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan

Pada hari Jumaat, 6 Mei 2016 yang penuh barakah, telah berlangsungnya Majlis Perpisahan bagi meraikan guru Prasekolah kelas Cemerlang iaitu Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan, yang akan berpindah ke SK Dato' Abu Bakar Baginda. Beliau telah berkhidmat di SKTPP bermula pada bulan Januari 2006 sehingga 6 Mei 2016.

Kenangan indah sepanjang bersama warga SKTPP ini akan tersemat dalam ingatan seluruh warga SKTPP. Doa dan harapan kami, semoga  Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan akan terus  cemerlang untuk menabur jasa dan bakti demi agama, bangsa dan negara di sekolah baru. Selamat Berpisah buat Pn. Halimatun Saadiah. Jangan lupakan kami di sini...