Laman Utama

Friday, May 6, 2016

Majlis Perpisahan Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan

Pada hari Jumaat, 6 Mei 2016 yang penuh barakah, telah berlangsungnya Majlis Perpisahan bagi meraikan guru Prasekolah kelas Cemerlang iaitu Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan, yang akan berpindah ke SK Dato' Abu Bakar Baginda. Beliau telah berkhidmat di SKTPP bermula pada bulan Januari 2006 sehingga 6 Mei 2016.

Kenangan indah sepanjang bersama warga SKTPP ini akan tersemat dalam ingatan seluruh warga SKTPP. Doa dan harapan kami, semoga  Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan akan terus  cemerlang untuk menabur jasa dan bakti demi agama, bangsa dan negara di sekolah baru. Selamat Berpisah buat Pn. Halimatun Saadiah. Jangan lupakan kami di sini...







Thursday, March 24, 2016

Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2016

     24 Mac 2016 (Khamis), AADK Sepang telah mengadakan satu pameran bergerak ke SK Taman Putra Perdana. Seramai 50 orang murid prasekolah telah menyertai pameran ini. Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang jenis-jenis dadah dan bahaya dadah, kesan serta akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Murid-murid prasekolah berasa amat teruja dengan pameran tersebut di samping dapat menambah ilmu dan pengetahuan mereka. Terima kasih kepada AADK serta Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah kerana menganjurkan pameran tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada murid prasekolah untuk turut serta dalam pameran tersebut. Semoga prasekolah dapat menyertai pameran pada tahun-tahun akan datang.

Murid prasekolah sedang beratur untuk menaiki bas pameran

Murid-murid sedang menyaksikan bahan pameran

Prasekolah Bersama Benci DARVIH


Thursday, March 10, 2016

Mesyuarat Prasekolah Bil 1/2016

     Pada 10 Mac 2016 (Khamis) yang lalu, satu mesyuarat pengurusan prasekolah telah bermula sekitar jam 9:00 pagi beretempat di kelas Prasekolah Cemerlang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali) serta dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Jamilah bt Ariffin, guru-guru prasekolah, dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), serta beberapa orang pekerja pembersihan sekolah.
     Isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan pendaftaran ke Tahun 1 Sesi 2017. Dimana guru-guru diminta mengingatkan ibu bapa supaya membuat pendaftran anak masing-masing ke Tahun 1 Sesi 2017 secara atas talian untuk mengelakkan berlaku keciciran kemasukan Tahun 1 bagi sesi tersebut. Selain itu, puan guru besar juga memohon agar PPM dan pekerja pembersihan sekolah agar bersama-sama menjaga dan memelihara kebersihan kawasan sekitar prasekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi membantu dalam meningkatkan kualiti kebersihan di prasekolah kita.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10:30 pagi dan bersurai.
     







Saturday, February 27, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-13, 2016

Pada tanggal, 27 Februari 2016 (Sabtu) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13 bertempat di padang sekolah. Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, murid tahap 1, murid PPKI dan murid Prasekolah. 

Objektif:

  • Memupuk semangat kesukanan.
  • Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi pasukan prasekolah, PPKI serta setiap rumah sukan (rumah merah, biru, kuning, jingga dan hijau). Perbarisan diketuai oleh adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainudin. Tema perbarisan rumah sukan pada tahun ini ialah "Pahlawan Melayu".









Monday, September 14, 2015

Majlis Perpisahan Dan Sambutan Hari Lahir

Pada 15 Jun 2015 yang lalu, pihak sekolah telah menerima kedatangan 3 orang guru praktikum dari UNISEL yang terdiri daripada Cik Fathi Syabila, Cik Nurul Syafiqa dan Cik Nur Azreen. Pada 11 September 2015 (Jumaat) telah diadakan Majlis Perpisahan untuk meraikan guru-guru praktikum yang telah selesai melengkapkan tugasan mereka selama 3 bulan di sekolah ini. Ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi memilih sekolah ini dalam menimba ilmu serta menjana pengalaman baru. Terima kasih juga kepada Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah kerana sudi memeriahkan majlis kami.

Sambutan Hari Lahir bagi murid yang lahir pada bulan Jun - Disember juga telah diadakan pada hari yang sama. Seramai 28 orang murid telah diraikan dalam majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa murid yang sudi menyumbangkan juadah makanan bagi memeriahkan lagi majlis ini.





Ucapan dari Puan Hajah Rohaidah selaku Guru Besar SKTPP

Sebahagian juadah makanan yang dibawa oleh murid

Guru Praktikum bergambar bersama pentadbir sebagai kenangan

Bersama murid-murid yang menyambut hari lahir

Jasa kalian dikenang sampai bila-bila

Monday, August 17, 2015

Aktiviti Prasekolah : Putar dan Eja

Pada minggu lalu, murid-murid prasekolah SKTPP telah belajar tentang tema haiwan di air @ lautan.
Murid telah sedia maklum bahawa banyak haiwan yang tinggal dan hidup di air. Guru berperanan untuk mengukuhkan lagi pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid di prasekolah. Kelihatan murid begitu aktif sewaktu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Ternyata aktiviti yang guru anjurkan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

Guru sedang memutarkan roda hidupan di air sambil diperhatikan oleh murid
Murid menunjukkan gambar dan perkataan haiwan di air 
Murid duduk dalam kumpulan yang telah guru agihkan
Guru membuat refleksi pada akhir pengajaran

Thursday, August 6, 2015

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah 2015

Pada 5 Ogos 2015 (Rabu), seramai 37 orang murid telah mengikuti lawatan yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid dan 3 orang guru praktikum. Puan Suzenne dari Just Relex Travel telah mengetuai lawatan ini.

Murid-murid telah dibawa melawat sekitar Taman Burung di Kuala Lumpur dan Kilang Coklat Beryl's di Seri Kembangan, Selangor. Perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi dan pulang ke sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.sebelum pulang, semua murid dan guru-guru menjamu selera di KFC.  Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing.




Murid gembira dapat menaiki bas


Suasana di Kilang Coklat Beryl's



Lawatan ke Taman Burung


Menyaksikan persembahan di Taman Burung

Menjamu selera di KFC